Tup-tup dah nak masuk 3 tahun saya dok kat flat Taman Melati ni. Lelama dok situ, rasa macam ok pulak. Kawasan rumah saya ni berdepan dengan padang permainan dan banyak pokok2 besar. Jadi rumah saya sentiasa sejuk & redup. Lagi, flat ni agak private sbb pada satu tingkat hanya ada dua rumah saja yang mengadap satu sama lain. Jadi jiran saya hanya org depan rumah & makcik rumah bawah saja. Keadaan flat ni pulak agak tenang, tak bising dan tak ramai orang. Rata-rata orang balik rumah, terus dok dalam rumah diam2 dah tak kacau orang lain. Mat-mat rempit pun tak banyak preng-preng kat situ, maybe depa preng-preng tempat lain kot. Lagi lah aman flat saya.....Persatuan penduduk sini agak aktif, selalu jer ada mesyuarat, ada aktiviti2 (biasanya yg UMNO based lah).
Tapi duduk di flat ni memang banyak dugaannya. Pandangan saya, rata-rata orang yang duduk di flat ni berpendapatan sederhana atau rendah, dan mungkin juga tidak berpendidikan tinggi. Maafkan sekiranya menyinggung sesiapa yang terasa dengan generalisation saya ni. Tapi ada sebabnya kenapa saya kata begitu, dah banyak berlaku insiden yang tak menyenangkan kepada saya & hubby.
Keadaan kebersihan di sekitar flat ni agak menyedihkan. Ye lah, nama pun flat, mana ada maintenance service, mana ada Alam Flora sapu sampah kat tangga atau sapu daun-daun kat sekitarnya, walaupun bayar sewa mahal -RM450 sebulan. Jadi pakcik/makcik yg dh pencen & tinggal kat rumah bawahlah yg sapu pagi-pagi. Yg menggeramkan, adalah penghuni tak reti bahasa & tak belajar sivik, sukati mak bapaknya saja, buang sampah direct dr tingkap rumah diaorg, jatuh ke bawah. Lagi, tak ajar anak-anak mereka jangan buang sampah keluar tingkap, selalu la bila jalan kat bawah saya jumpa sebelah kasut baby, anak patung, tisu, kertas, plastik, macam2 lah. Memang la kena lalu jalan situ jer pun, takder jalan lain daa....
Yang lagi kurang ajar, bila depa sapu sampah kat atas, selamba jer buang kat bawah, berkumpal kat depan rumah saya & tangga tingkat saya. Memang tau sampah tu disapu kebawah jer sbb pernah saya tengah menyapu tangga, orang atas sapu sampah dan dengan selambanya tolak sampah tu ke bawah & debu-debu terkena atas kepala saya. Masa tu sempat la saya jerit "oi!". Apa kurang ajar sangat depa ni, rumah sendiri bersih sbb sampah buang kat rumah org. Apa salahnya guna scoop utk buang sampah tu. Saya pun reti gak sapu-sapu sampah depan rumah & dkt tangga & guna scoop utk kaut sampah tu. Bukannya saya tolak sampah ke bawah. Kalau ikut hati nak je saya buang sampah kat rumah org atas!! Biar dia tau apa rasanya. Buang masa saya jer kalau buat pun...Nanti dia tolak balik jer sampah tuh ke bawah. Dah settle masalah dia. Memang boleh agak la mentaliti orang yang dok kat flat ni sbb ikut generalisation saya yg kat atas tadi. Yang penting, saya jangan jadi dangkal pemikiran macam depa yang buat benda macam nih...
Lagi, orang yang directly atas rumah saya nih suka buang barang di bahagian dapur luar saya samada secara sengaja atau tidak sengaja, saya pun tak tau. Memang ada bumbung atas dapur luar rumah saya yang memisahkan saya dengan orang atas, tapi dah terkopak sbb Mami dok lalu lalang kat situ. Kejadian berlaku di para kat dapur luar di mana tempat ni saya buat letak penyapu jer & ada seperate sink untuk basuh pinggan, semua masak-memasak dalam rumah. Jadi memula, ada kaftan yang terjatuh kat para tuh. So saya buat dek jer la sbb orang atas pun tak mintak balik kaftan tu. Lantak kau lah, sapa suruh tak sepit baju bila jemur kat tingkat atas kan...? Kalau nak datang la mintak. Agaknya memang dia dah tak nak kaftan tu sbb berbulan benda alah tu tersadai kat tempat yang sama, saya tak alihkan pun.
Insiden kedua pulak, ada spender budak kecik yang masih lagi bergulung (EEUUWWW!!!!) jatuh atas para saya. Yang ni membuatkan saya fikir bahawa kejadian "membuang" pakaian ini bukannya tak sengaja. Saya dah tak boleh bersabar lagi & amik spender tu terus buang dalam tong sampah. Takde masa nak pulangkan balik. I can play silent wars too....lepas tu ada lagi kaftan jatuh and sebelah stokin jatuh/buang. Saya cuma alihkan ketepi supaya tak ganggu penyapu2 saya. Latest incident, rasanya dalam bulan lepas, atas penyapu2 saya ada beberapa sampah dibuang ke bawah iaitu 2-3 tisu bergumpalan, kertas and plastik. "Tuyuk! Paloi! Sik sekolah!". Saya alihkan penyapu saya ketepi supaya lepas ni apa2 barang yang jatuh/buang terus jatuh kat para bawah. Lantak korang lah nak buang apa2 pun lepas ni...
Ada lagi la macam2 kejadian yang terjadi & malas saya nak fikir & cerita, kalau tak lagi sakit jiwa. Bukannya saya tak nak pindah dari tempat ni, memang saya nak! Cuma proses pembelian apartment di Danau Kota tu lambat sikit, makan masa dekat setahun sbb owner dah migrate ke UK. Lagi lawyer owner buat lembap aja, kami baru dapat strata title bulan Disember 2008. Kunci sampai sekarang belum dapat lagi. Owner tak nak kami duduk lagi rumah tu sbb loan bank belum release, tp dah lama lulus. So harap-harap boleh dapat kunci rumah pada Feb 2009 & boleh pindah secepat mungkin!!!


