Tempat: Surau Central Market, tengahari
Scene: Di saf pertama beberapa orang wanita sedang bersolat, manakala di saf kedua seorang wanita telah selesai bersolat dan sedang membaca Ma'thurat. Aku pula baru masuk kedalam surau setelah selesai berwuduk. Sedang asyik aku mengenakan telekung, terdengar suara wanita yang membaca ma'thurat menegur wanita yang baru selesai bersolat dihadapannya, "Kaki nampak tadi, tak sah solat tu" wanita tersebut terdiam sebentar seraya menjawab "tapi saya dengar kalau tak sengaja tak apa", dan dia berlalu untuk membetulkan rambutnya di cermin, meninggalkan wanita yang menegur tadi terdiam.
Persoalan: Siapa yang berdosa dalam hal ni? Wanita yang tak sengaja terselak kainnya semasa sedang bersolat ataupun wanita yang duduk dibelakangnya membaca ma'thurat sambil memerhati tanpa membuat apa-apa?
Pandangan peribadi: Kalau dah nampak perbuatan tak betul tu, tolonglah betulkan (mana yang sesuai ikut keadaan). Kalau dah kain orang tu terselak, sanggup tengok aje kaki orang tu terdedah sampai dia habis solat, sedangkan kita tahu hukum mungkin solat orang tu tak sah. Kalau dah ada ilmu tapi tak diamalkan dan dihebahkan, tak berguna juga - baca ma'thurat seribu kali pun tak dapat faedah. Dan tunggu sampai orang tu habis solat baru nak tegur, pada saya, bunyinya macam riya' dan macam sengaja nak memalukan orang tersebut. Ini tengok saja benda yang tak betul berlaku tapi tak ada kata nak tolong, semua pakat-pakat tengok lepas tu pakat-pakat melepat.
Kesimpulan: Lain kali kalau ternampak saudari seIslam yang sedang bersolat terselak kainnya, tolong lah tarik kain supaya kakinya terlindung. Tak payah tunggu orang tu habis solat baru nak tegur. Mungkin kita yang memerhati tanpa membuat apa-apa pun dapat dosa sebab mendiamkan (no action) perkara tersebut.
Wallahu a'lam - Allah lebih Maha Mengetahui