Tuesday 31 July 2012

Lawak Hari Ini



What's wrong with this picture??

Kasut jenama sama, cutting yang sama, ketinggian yang sama, bila pakai takda rasa canggung pun.....tapi jeng jeng jeng.........designnya berlainan! Ya, saya dah buat satu lawak bodo hari ni.

Yang bestnya, dengan kasut ni saya dah pergi site inspection ke Chin Swee Temple di Genting dari pagi sampai tengahari, baru tersedar rupa-rupanya kasut dah salah pasangan. Bila tanya rakan-rakan saya yang sama-sama pergi site inspection tersebut, mereka pun tak perasan saya dah salah pakai kasut dan kalau ada orang lain yang terperasan pun mungkin ingat ini fashion statement!

So, moral of the story is:

1. Tengok betul-betul bila nak sarungkan kasut, mana tau pakai kasut lain warna ke, tersarung kasut orang ke....
2. Tapi kalau dah tersalah pakai kasut, buat bo je - ye lah, bold fashion statement kan!
3. Redha jer lah dengan kejadian ni.
4. Simpan stok kasut kat ofis - atau foldable shoes dalam handbag.

p/s: Nasib baik kat ofis ada banyak stok kasut....

Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan 2012



Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan 2012
Sabtu 21 Julai 2012 (1 Ramadhan 1433 Hijrah)
Semoga amalan kita diberkati Allah. Amin