Monday 21 September 2009

Tunai, Touch 'n' go & Smartag: Mana Satu Pilihan Anda?

Ketika umat Islam di Malaysia sibuk ziarah-menziarahi saudara-mara di kampung sempena menyambut Aidilfitri, kita semua tak boleh lari dengan kesesakan lalulintas dimana-mana saja. MRR2 ke, Jalan kampung ker, highway ker. Terutamanya di highway. Tp ada pilihan, kalau nak cepat gunakan laluan fast track Smartag atau Touch 'n' go. Kalau tiada kedua-duanya, maka terpaksalah gunakan lorong tunai yang queue nya panjang berjela-jela. Saya terdengar komen hamba Allah mengatakan bahawa lorong Smartag ini untuk orang kaya-kaya sahaja, dan kerajaan tidak telus dalam pembahagian sama rata untuk kemudahan pembayaran tol. Yang ironiknya, hamba Allah ini mempunyai Smartag! Ada pulak komen tambahan yang mengatakan tunggulah kerajaan yang baru...?! (wtf??)

Saya tak suka berpoliticking di dalam blog yang tak seberapa ini, tetapi saya terpanggil jugak untuk komen pernyataan di atas kerana saya merasakan ianya sungguh kontradik. Kemudahan Smartag itu kesan dari kapitalisme, siapa yang kaya atau ada duit lebih dan bencikan queue yang panjang, boleh gunakan lorong tersebut. Ada juga guna Smartag sebab mereka dah plan perjalanan mereka dengan baik. Ini pemandu yang bijak, takder kena mengena dengan kerajaan sekarang atau yang akan datang. Pendapat saya, sesiapa yang gunakan lorong tunai pada masa perayaan atau cuti sekolah, memang tidak bijak sebab mereka dah tau queue akan menjadi panjang dan mereka masih tidak merancang perjalanan. Kalau tak mampu beli smartag, pakailah touch 'n' go. Bukannya mahal sangat, RM 10 pun dh boleh dapatkan satu kad. Kalau nak berjalan jauh, segeralah top-up di kaunter tol atau di mesin ATM. Sekarang ni Smartag dan touch 'n' go bukannya satu kemewahan, malah satu keperluan.

Semua kemudahan dah ada, anda buatlah pilihan yang terbaik untuk diri dan keluarga anda. Kalau tak kisah beratur panjang sekali-sekala, apa salahnya gunakan lorong tunai Tp kalau anda tak suka kesesakan macam saya, gunakanlah smartag atau touch 'n' go. Senanag cakap, ini pilihan peribadi (its a matter of choice). Bukannya nak menyalahkan kerajaan sekarang atau yang akan datang, tak kisahlan kerajaan yang mana pun. Kalau nak komen pasal kerajaan tak adil, janganlah kemudahan smartag dipersalahkan. Kalau semua orang haknya sama rata, baik kita jadi negara komunis, macam China. Itupun saya perhatikan semasa di sana jurang kekayaan besar, tak jugak sama rata. Mana ada benda yang adil dalam dunia ini. Allah sahaja yang adil!!!

P/S: Aku pun golongan marhaen, tetapi pengguna jalan yang bijak sebab ada Touch 'n' go.

Disclaimer: Posting ini bukan tujuan untuk mengiklankan Smartag atau Touch 'n' go, tetapi menyedarkan betapa pentingnya untuk merancang perjalanan anda.

5 comments:

Kerabu Jantung said...

Best jugak ada punching bag!

salzahari said...

aku pun x paham apa kaitan kerjaan dgn SmartTag. rasa nak cepat n mudah, invest la skit! aku pengguna TnG walaupoun selalu terlupa top up..

adianiez AIDA said...

aku guna TnG yg setia. prepaid guna visa maybankard. senang. tak payah nak top up. baki rendah than RM50, terus maybank top up kan RM100. caj RM2 jek. ok la kan.

yes. pe la kaitan dgn kerajaan. mangkuk btul mereka ni.

and bukan nyer kaya or miskin. zaman sekarang, semua ni adalah keperluan org biasa. org biasa yg bijaksana.

Beautiful Life said...

Ya...jadilah pengguna jalan yang bijak, tak payah nak tuduh sesapa tak adil. Kalau cakap serupa bikin takperlah jugak..ini cakap tak serupa bikin. Peliks betul..

Nurul Husna said...

no comment jus that i like tis post.so macam fb, nurulazmi likes this post=)