Pertama kali saya ke chalet Salak Denai adalah pada 2006. Chalet ini terletaknya di bandar Yan Besar dan dibawah kaki Gunung Jerai. Konsep chalet adalah setiap chalet mempunyai kolam mandi sedalam lebih kurang 4 kaki. Setiap kolam ini akan dipenuhi dengan air dari kaki gunung dan apabila pengunjung telah puas bermandi, air kolam itu akan dilepaskan dan dipenuhi semula untuk pengunjung yang seterusnya. Harga chalet beserta kolam amat berpatutan dan tak mengikut kepala (seperti hotel) asalkan dapat tidur didalam chalet tersebut.Sila lawati lama blog Salak Denai untuk tempahan dan info lain di sini.
|
Pandangan hadapan kolam |
|
Setiap kolam disediakan gelongsor, sesuai untuk kanak2 dan dewasa! |
|
Pancutan air untuk melicinkan pengelongsoran turun dan memaksimumkan keseronokan | ! |
|
Tempat barbeku disediakan |
|
Ruang tamu dengan pakej Astro |
|
Sampel salah satu bilik tidur |
|
Dapur dilengkapi dengan tempat memasak, periuk nasi, peti sejuk, etc |
|
Bilik air dan bilik mandi yang bersih dan kemas |
Verdict: Chalet Salak Denai amat sesuai untuk percutian keluarga terutamanya bagi kaum Muslimah untuk enjoy mandi sungai tanpa risaukan kehadiran orang lain kerana chalet tersebut amat private. Bagi saya, keseronokan mandi air sungai yang sejuk dan nyaman ini ditambah pula dengan rasa selamat kerana tiada batu-batu yang licin yang boleh menyebabkan kaki luka atau tergelincir mahupun haiwan yang tidak diingini di sepertimana mandi di sungai yang biasa. Sangat disarankan untuk percutian keluarga dan pastikan tempahan dibuat awal, terutamanya musim cuti sekolah kerana chalet in biasanya penuh. Saya dikhabarkan ada pengunjung yang booking satu tahun in advance untuk pastikan mereka dapat mengunjungi tempat ini.
No comments:
Post a Comment