Wednesday, 12 August 2009

Ops K.E.T.U.A.T


Latarbelakang
Saya telah mengalami pertumbuhan ketuat di muka lebih dari setahun, dan mungkin anda tak perasan kerana kedudukannya saling tak tumpah macam tahi lalat manis di bawah mulut sebelah kiri muka saya. Saya sebenarnya dah sampai tahap "pain threshold" 4 bulan yang lalu apabila telah mengambil tindakan drastik dengan membuang ketuat tersebut dengan pemotong kuku. I know its crazy but I can't help it. The two previous docs that I saw was dibelieved that this condition occurs on the face, and conveniently said that the salve for warts is out of stock! Lepas jumpa doktor2 tersebut saya dh jadi bosan dan buat keputusan untuk membiarkan sahaja ketuat saya. Tetapi bila ketuat ni tumbuh kembali dengan lebih besar dan tangan saya lebih gatal untuk mengutilnya sehingga berdarah, maka saya ambil keputusan untuk berjumpa dengan Dr Baharom atas saranan rakan sepejabat saya Natasha. Berikut merupakan kronologi Ops K.E.T.U.A.T.

20 Julai 2009
Saya telah pergi ke Klinik Dr Baharom di Sentul setelah mendapat maklumat dari rakan sekerja, Natasha mengenai keberkesanan Dr Baharom membuang ketuat di kawasan sensitif, terutamanya di muka. Setelah satu jam setengah menunggu, akhirnya pada jam 11 pagi saya berjumpa Dr Baharom. Orangnya kecil molek dan sangat efisyen menjalankan kerja. Rata-rata yang datang klinik dia ramai yang sakit gout atau sakit sendi. Lepas dia examine muka saya, dia telah memberi empat suntikan bius kebas di sekeliling ketuat saya. Tak sakit pun rasa mcm semut gigit jer...

Selepas setengah jam, saya diarahkan ke bilik Ops kecil. Mata saya ditutup dan dada saya diletakkan penebat supaya tiada kejutan elektrik semasa ops laser dijalankan. Bila mata saya dah tutup barulah rasa berdebar sbb saya tak pernah menjalankan rawatan laser. Lagi-lagi bila mata saya ditutup, suspense sbb saya tak dapat tengok apa yg doc buat pada saya. Dulu pernah gak saya buat small surgery, local anesthetic jugak mcm yg ini tp mata saya tak ditutup, maka saya dapat tengok di atas siling bila doc mengodek-godek badan saya. Sama jugak masa buat root canal, mata saya tertumpu pada siling sbb ada pantulan imej dan saya dapat tengok apa doc buat. Tp kali ini berbeza, lagipun bahaya sbb rawatan laser. Silap terkena mata, buta pulak nanti.

Mula-mula doc godek ketuat saya, rasa mcm dia potong permukaan ketuat dan tarik2. Tak rasa sakit kan sbb dah bius, kebas. Lepas tu doc laser muka saya, ngeri gak. Ada bau benda terbakar, mesti sbb kulit saya yg dibuang. Pastu doc godek2 lagi, rasa panjang akar ditarik sampai ke gigi saya, ada lah kira2 panjang dua ruas jari. Panjang tu...pastu doc laser lagi beberapa kali, godek2 lagi dan announce dia dapat keluarkan akar ketuat tu...pastu doc jahit lubang yang ditinggalkan ketuat, panjangnya adalah sekitar 1cm seperti gambar dibawah:





Doc kata jumpa dia balik lagi 8 hari nak buang benang. Muka saya dah macam pirate hardy har har....tapi tak boleh lebih 12 hari, takut bernanah..takder pantang apa2, mandi and amik air semayang macam biasa. Doc bagi anitbiotik dgn ubat tahan lapar/buang angin sbb saya sihat sangat katanya.

1 Ogos 2009
Baru dapat jumpa doc lepas balik kursus emcee seminggu di Melaka dengan Sharifah Shawati. Doc tanggalkan benang pastu bagi ubat untuk sapu dan vitamin C untuk makan supaya kulit cepat sembuh. Lagi doc timbang berat dan bagi ubat tahan lapar sbb saya baru hilang 1kg, ni ubat kena makan 6 kali sehari. Amik darah untuk uji kolestrol. 9 Ogos kena jumpa doc balik.

6 Ogos 2009
Bekas ketuat dah beransur pulih. Bagi saya scar akan sembuh tak lama lagi, so tak kisah lah. Just teruskan sapu ubat dan makan Vit C. InsyaAllah scar akan hilang.

Demikianlah laporan Ops K.E.T.U.A.T untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Dah sudah tutup fail!

11 comments:

Zaidah Sikun said...

Laporan yg sgt menarik.. :D
~ Nuwal, Dokte kata parut tu akn nmpk ketara ke tak lps buang ketuat tu?

salzahari said...

eii..ngeri...dulu aku zaman sekolah ketuat di atas tangan (bkn tangan, belakang tapak tgn) aku zazz je dgn pisau kecil. berdarah la kejap pastu hilang:p tapi pasti tgnku dah 0..kalau muka, huihh berpeluh gak nak buat sendiri mcm hang ni!

Beautiful Life said...

Zaidah: Parut tu nampak la, more like bruising around the area, tp lelama akan hilang gak, lagi kena rajin pakai krim yg doc bagi.

Sal: Yang peliknya, aku jarang sekali dpt ketuat kat kaki and tangan, jadi aku pun dh tak ingat. Tp bila naik kat muka ni, memula boleh ignore, lelama tensen pulak. Tu yg aku decide nk buang.

Rakbaju: Thanks for visiting!

Anonymous said...

hi, kalau u tak keberatan, agaknya berapa kos untuk laser tu?

Beautiful Life said...

Hi Anonymous. Kos laser dalam RM200++.

orenz279 said...

Akum Kak,
Boleh tak bg tau alamat klinik tu...
Nak tau sbb tiba2 ada ketuat kat dahi ni... Pls help me :(

Beautiful Life said...

Orenz279:

Klinik Baharom
758 Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Sentul
Tel: 03-4042 3049

or google Map for location

Mrs Nurul said...

saya ada parut nak buang ni...berminat jugak dengan laser treatment..tapi takut..betulke scar bleh dihilangkan guna laser ? berapa bayarannye tu.. silampuneon@gmail.com

surin said...

sekarang ketuat you ok dah ke?pas baca saya terus semangat nak p buang ketuat yang kat dahi ni yang bertapak sekian lama...doktor ni ok ke?

Beautiful Life said...

Si Lampu Neon: Berdasarkan ketuat saya tu dalam RM200++. Tp tak pasti kalau nak hilangkan scar, lebih pada ketumbuhan.

Surin: Ketuat 100% hilang, tp ada scar sikit di muka, boleh tutup dgn concealer. Tp lagi baik dari ada seketul ketuat kat muka, kan?

Noor Sabirah said...

Salam...saya punya something mcm akak tu di bawah bibir...dah setahun..dr biasa kata bekas jerawat,..no...for me it's ketuat! sbb penah ade di tangan...sbb nmpk kulit kecil2 y senang ditarik...ehm...saya nak tanya, wajah akak sekarang mcmana? boleh nk tgk kesannya?