Tuesday 18 August 2009

Cerita Semalam, Hari Ini dan Esok

Semalam (Isnin):
Semalam merupakan hari yang paling panjang dan masa berjalan begitu perlahan sekali!
Pukul 8 pagi: Sampai jer ofis dah terasa panas, air-cond tak terpasang macam biasa. Rasanya takderlah awal sangat aku sampai, dah ada orang lain dalam ofis ni. Biasanya Putrade (PWTC management) dah pasang air-cond, sedangkan exhibition kat bawah air-cond dah pasang full-blast. Ada yang dah telefon Putrade, tp hampa dengan jawapan mereka. Kononya generator rosak. Ada yang kata, kerajaan nak jimat duit, jadi tak pasang air-cond. Gila hapa. Takkan la seluruh bangunan Menara Dato' Onn takde aircond. Kami semua tak dapat berfungsi dengan betul, bengong semacam kepala hotak ni sbb tak cukup oksigen. Sampaikan Prof Amran yang datang jauh dari UTM Skudai pun buat statement kepala otak dia akan jam kalau aircond takder jugak petang ni bila dia buat presentation dalam bilik dengan 30 orang. Seorang Professor pun boleh buat remark macam tu, bayangkan lah kami yang terpaksa berada di ofis sampai pukul 5.30ptg ni :p

3 ptg: Aku dah tak boleh bernafas kerana udara tak cukup. Bau kepam karpet dah naik ke hidung, ditambah lagi dengan bau-bauan badan manusia yang berpeluh, lagilah tak boleh bernafas. Nasib baik aku ada kipas kecik atas meja, tp tu pun tak membantu sangat. Terasa panas dan kepam sampai ke dalam tulang. Ada orang cadangkan tutup lampu untuk kurangkan kepanasan. Kami semua menghitung masa jer nak balik. Dengar kata, hari esok mungkin akan sama jugak. Ya Allah! Ini baru satu hari takder air-cond, macam mana lah panasnya Neraka Mu?

Hari Ini (Selasa)
Nasib baik air-cond dah pulih macam biasa. Baru lah terasa selama ini aku take for granted the simplest things in life, like running air-cond when you reached the office. Hari ni rasa mcm bersyukur air-cond dah kembali mcm biasa.

Waktu makan tengahari, aku dgn Aza De Kaza memanjangkan kaki ke Lorong Haji Taib 1 untuk ke kedai "Bake with Yen" sbb nak cari barang-barang keperluan untuk menghadiri kelas menghias kek dan cupcakes yang Puspanita anjurakan pada 21 Ogos ni. Kak Yasmin dari Baking Project akan menjadi instructor, cupcakes yg dia hias semua cute & creative terutamanya cactus cupcake. Nanti dah lepas kelas kak Min, baru aku akan upload gambar2 cupcakes yang aku hias....can't wait!!

Pic taken from Baking Project

Esok (Rabu)
Takder apa-apa yang menarik akan berlaku esok, diari aku pun kosong. Cuma Immediate boss aka BONDA nak bincang pasal laporan kajian yang aku dah siapkan, lepas tu nak buat follow up meeting dengan Department of Statistics. Sambil-sambil buat kerja Research, aku moonlighting dengan MYCEB. Tak kisahlah asalkan semua jalan...

3 comments:

la Signora said...

Ooooh,playing with fondue (with reference to your make-pretty-cake class).I'm a fan of all pretty pastries, but I had my dose of blood test horror and quite horrified to find my BSL was high, tapi sik sampei diabetes lah (alhamdulillah!).And so, have been off sugar for 1 month now.

Can you imagine betapa seksanya that Sunday for me to sit around and watch people go crazy on 'em cupcakes and cheesecakes?! T_T

My Eid this year, cita-cita was to make fullblown biskut raya Malaysian style and even a few cakes, but with my BSL horror, I've cancelled that thought.Looks like it's a healthy eid for me here, the only 'sinful' dish I'm making is beef rendang.Yang lain?Makan sayur jer lah ha ha ha.Kesian laki aku.

Beautiful Life said...

Lisa, you better take good care of your BSL first cause once you have diabetes, it'd be for life. To tell you the truth, I'm not exactly crazy about cupcakes. I've never been a sweet tooth person, always liked savory things better. But I like the idea of learning a skill. At least I know how to decorate a cake/cupcakes, know what's all the fuss about :)

Beautiful Life said...

Lisa, you better take good care of your BSL first cause once you have diabetes, it'd be for life. To tell you the truth, I'm not exactly crazy about cupcakes. I've never been a sweet tooth person, always liked savory things better. But I like the idea of learning a skill. At least I know how to decorate a cake/cupcakes, know what's all the fuss about :)