Tuesday, 2 December 2008

Di tag oleh Cik Ash

Dah lama tak update blog.....tetiba kena tag pulak....tapi kali ni dalam Bahasa Melayu, first time kena tag gini. Jadi....terimalah!!

Bekas kekasih saya...ada ker...? huargh huargh huargh
Saya sedang mendengar... "Take a Bow" by Madonna
Mungkin saya patut...dinaikkan pangkat secepat mungkin supaya saya boleh sambung belajar Masters dan beli rumah.....
Saya suka belajar... memasak makanan yang menarik dan ringkas.....
Sahabat baik saya...ialah Ms Fantaghiro yang selalu menemanii saya di kala sedih mahupun gumbira.
Saya tak faham......bahasa Nepal yang dituturkan oleh pekerja Stesen Kopitiam masa saya tengah tunggu order laksa kari tadi....
Saya kehilangan...tenaga dan semangat, tak sama seperti masa muda remaja saya....
Ramai yang berkata...aku busy, tapi sebenarnya tidak...sama lah dengan saya hehe
Makna nama saya....complicated, saya pun dah lupa...
Cinta itu....satu misteri dan ...hanya diri anda sahaja yang mengetahuinya dan boleh mendefinisikannya
Disuatu tempat bernama...Istanbul, yang saya harapkan untuk percutian saya seterusnya....kalau mampu!!
Saya akan cuba...untuk memasak lauk pauk Melayu dengan jayanya...setakat ni lauk yg boleh dibanggakan adalah paprik ayam...tu pun masakan Siam hehehe
Makna "selamanya".... secara lisannya: sehingga ke ahir hayat atau hari kiamat, yang mana terdahulu!
Handphone saya...baterinya selalu kong, menyebabkan ramai orang tak dapat kontek saya. Ramai yang nak tolong buangkan ke laut hehehe
Saya paling meluat....driver di jalanraya yang bodoh & lembap!
Bila saya bangun dari tidur....saya tutup alarm dan tidur balik!
Party adalah...aktiviti yang memenatkan...saya lebih suka private gathering dengan kawan2 rapat dan keluarga.
Haiwan yang paling cute adalah...semua jenis kucing, tak kira di mana saya berada...
Peringkat umur yang paling menyeronokkan adalah...semasa awal 20an dimana dalam minda hanya nak berseronok sahaja....rasanya sampai sekarang lagi kot? yang penting mesti happy.....
Hari ini saya rasa sangat tension...sebab pagi tadi pulun buat report kajian tapi pening tengok spss...
Malam ini saya akan cuba...untuk tengok DVD yang ada....
Saya betul2 inginkan...badan yang kurus dan sihat!
Bila tengok muka kat cermin pagi tadi...belek jerawat yang dah jadi ketuat tepi bibir.....tp Klinik Salma hanya bagi krim vitamin E, kedekut betul!
Shopping kompleks...hanya untuk membeli barangan yang perlu dan bukan untuk berpeleseran dengan pasangan anda...
Makanan segera biasanya...bubur segera Maggi, sup sayur kering, nugget...apa-apa yang ada dalam peti ais lah....
Ayat2 terakhir pada orang... kepada Ghalib: "Only you know how to do it!" sbb dia dah terbalikkan skrin PC Aza De Kaza....mengamuk sakan minah tu...
Nak panjangkan tag ini? Noreez Azlan, Salfaryna, Tinie, LuvSal, Farah Hasliana (kalau tak mabuk baby), Hazriq (kalau rajin, aku tau hang malas buat trivia hehe) dan sesiapa yang suka buat trivia....anda dipersilakan.....

2 comments:

Anonymous said...

sorry wal..

I am so used to your entries in English, tetiba bila baca dlm BM ni, hehehehehhe, lawak pulak

ps..can't wait for the travelogue!! :-)

Beautiful Life said...

Cik Fantaghiro, bahasa jiwa bangsa tau...tetiba saya bersemangat nak buat entry bahasa Melayu...dah ada satu dlm benak saya nih...

ps: can't wait for the travelogue too!!!