Main kutu? Apa tu....?
Mesti dalam kepala korang terbayang beruk tengah cari kutu di kepala rakan beruknya. Lepas beruk tu dapat kutu, ngap dalam mulut. Nate' beruk sungguh.
Sebenarnya KUTU ini adalah salah satu cara simpanan paksa (forced savings) yang menjanjikan pulangan yang hebat tetapi ia bukannya ckim cepat kaya mahupun mengamalkan riba' *petikan kata-kata Aza De Kaza - the Kutu Master*. Jadi sebenarnya, manusia lah yang bermain kutu.
Cara-cara bermain kutu:
1. Cari 12 rakan-rakan anda yang berminat untuk membuat "forced savings" ini;
2. Bincangkan jumlah besar yang hendak dicapai ataupun mampu untuk di simpankan setiap bulan, contohnya nak dapat total sebanyak RM2000 atau dapat simpan RM100 sebulan;
3. Lantik seorang "Kutu Master" untuk coordinate kerja-kerja kutu. Biasanya sesiapa yang mencadangkan main kutu akan menjadi Kutu Master. Tugas Kutu Master ni adalah untuk membuat jadual penerima kutu dan semestinya, kutip duit kutu dari anak-anak kutu yang terlibat;
4. Buat jadual penerimaan kutu yang dipersetujui semua orang, samada cara undi atau pilihan. Cth kutu pilihan: Polan1 pilih bulan Januari, Polan2 pilih bulan November pulak sbb dia nak bayar roadtax Disember, dsb.
5. Startlah bayar kutu bila gaji dah masuk.
6. Kutu Master akan kumpul semua duit dari anak-anak kutu, dan bila dah cukup, serahkan kepada anak kutu yang bertuah pada bulan tersebut. Jadi setiap bulan akan ada anak kutu yang dapat kutu.
7. Mainlah kutu sampai habis walaupun anda dah dapat giliran kutu.
Sebab-sebab bermain kutu:
1. Satu cara simpanan yang berkesan, sebab kalau tak bayar duit kutu, nanti kena kutuk dengan kawan-kawan sekutu;
2. Dapat membantu keadaan kewangan peribadi sekiranya diperlukan untuk sebab-sebab tertentu seperti bayar road tax kereta, nak beli pakej masa MATTA Fair, nak memulakan perniagaan SME seperti penjualan tudung/kerepek/handbag, dll.
3. Tiada riba' dan simpanlah tanpa was-was.
4. Simpanan yang agak fleksible kerana anda boleh tukar suka sama suka giliran dapat kutu sekiranya anda memerlukan. Tapi bayar mesti tiap-tiap bulan buat daa...tak boleh suka hati tak mau bayar....
Tips bermain kutu:
1. Jangan lambat bayar kutu, dapat gaji je terus bayar kutu. Paling busuk pun, minggu pertama anda dah menunaikan kutu. Kalau tak, alamat kena sumpah seranah dengan rakan sekutu.
2. Pilihlah rakan sekutu yang tak liat membayar hutang...kalau tak nangis lah tunggu orang tu nak bayar duit kutu huhu
3. Kepada siapa yang dah dapat kutu, jangan pulak buat bodoh jer next month dah tak bayar duit kutu pulak atas alasan anda dah dapat duit kutu. Anda kiranya masih perlu membayar "hutang" kutu sehinggalah cycle dah habis apabila semua anak-anak kutu telah mendapat kutu masing-masing.
4. Kalau ada kemampuan, anda boleh ambil dua lot atau bahagian kutu. Jadi bayar double, pendapatan pun double.
5. Kalau rasa was-was dengan sistem kutu ni, simpanlah duit anda di bank. Boleh lah dapat dividen ASB/Tabung Haji/Bank Rakyat. Saya cadangkan buat dua-dua: main kutu dan simpan duit lain dibank. Kutu boleh menjadi disposable income anda juga.
Variasi permainan kutu:
1. Cari rakan seramai 6 orang dan kutu yang dipersetujui RM1000. Bermain kutu untuk 6 bulan, jadi simpanan RM6,000.
2. Rakan kutu seramai 20 orang, bermain dengan jumlah RM100. Setiap bulan 4 orang yang dapat, jadi setiap sorang dapt RM500. Main short term untuk 5 bulan saja.
SELAMAT BERMAIN KUTU!!
5 comments:
Lama dah tak main kutu. Takde geng nak main. sob sob. Sape nak main kutu dgn saya?!!!hehehe
Ha... Haaa hahaha... ini la cara orang lama buat force savings tanpa perlu ke bank. Masih relevan hingga ke hari ini.
Selalunya orang yang tak ada perancangan apa-apa bila dapat duit kutu berjoli katak ,duit hangus gitu saja.
belilah brg2 yg tangible dgn duit kutu..br nmpk hasilnye..[isk dah lama sgt2 xmen kutu]
Tak faham sngt main kutu ni
Post a Comment